ShalSprout
Detektif Sejarah · Tahun 4

Siasat. Faham. Yakin.

Mengubah Sejarah sekolah rendah menjadi misi penyiasatan misteri.

Anak anda bakal menyelesaikan kes, menjejak petunjuk dan mengaitkan fakta dengan dunia sebenar, sehingga mereka mampu menguasai silibus dengan penuh yakin.

Tanpa pendaftaran. Boleh dibuka di telefon, tablet atau komputer.

FAIL KES #1
Treler Kes #1 · Kes Biskut Hilang
PERCUMA

Pembelajaran lebih mudah berlaku apabila ilmu baharu berhubung dengan memori sedia ada.

sumber primer kronologi keluarga kembangan mercu tanda legasi sebab dan akibat
Cara ia berfungsi

Siasat sambil belajar.

Anak anda terus membaca kerana mahu menyingkap misteri: "Apa sebenarnya yang berlaku?"

1

Kes dibuka

Treler pendek memperkenalkan kes bersama Bilal, Mei Lin dan Priya.

2

Cari petunjuk

Selesaikan 5 misi topik Sejarah untuk membuka 5 petunjuk utama.

3

Papan Bukti

Susun petunjuk dan buat tekaan bijak sebelum jawapan didedahkan.

4

Video penuh

Kisah sebenar terbongkar di penghujung kes. Itulah saat paling memuaskan!

Skrin Kes 1: Fail Kes: lapan bahagian, satu misteri
Fail Kes: lapan bahagian, satu misteri
Skrin Kes 1: Situasi: misteri bermula
Situasi: misteri bermula
Skrin Kes 1: Detektif berbincang
Detektif berbincang
Skrin Kes 1: Cuba: aktiviti ringkas
Cuba: aktiviti ringkas

Di dalam setiap misi

Kami bina jambatan mudah daripada bahasa harian kepada bahasa buku teks.

Mei Lin
1Faham
Bersama Mei Lin yang teliti

Konsep diterangkan melalui contoh sebenar di rumah dan sekolah supaya mudah dibayangkan.

2Cuba
Aktiviti praktikal

Kuiz dan aktiviti ringkas untuk menguji kefahaman, dengan maklum balas serta-merta.

Bilal
3Teroka
Bersama Bilal yang suka menyusun strategi

Anak anda menghubungkan ilmu baharu dengan pengalaman sendiri dan menemui petunjuk kes.

Priya
4Guna
Bersama Priya yang suka bertanya ‘Kenapa?’

Anak anda mula menggunakan ilmu untuk membuat keputusan atau menyelesaikan tugasan.

5Uji
Menuju yakin

Menguji penguasaan akhir supaya fakta melekat kukuh dalam ingatan.

Oyen

Nota khas: Jaga-jaga dengan Oyen! Si kucing ini suka muncul membawa salah faham lucu untuk dibetulkan oleh anak anda.

Tangan seorang murid menjawab soalan Detektif Sejarah di iPad.

Kata mereka yang mencuba

Testimoni sebenar, dikongsi dengan kebenaran.

[Testimoni ibu atau bapa penguji: apa yang berubah pada anak mereka]
[Nama pertama] · ibu kepada murid Tahun 4
[Kata-kata anak penguji: bahagian kes yang paling mereka suka]
[Nama samaran] · murid Tahun 4
[Testimoni penguji kedua: tentang perkara yang kini lebih mudah difahami]
[Nama pertama] · ibu kepada murid Tahun 4

Daripada kefahaman kepada kecemerlangan peperiksaan

Anak yang faham tidak perlu menghafal secara membuta tuli.

Format UASA
Peralihan lancar daripada bahasa harian kepada laras bahasa buku teks KSSR.
Ujian bermarkah
Ujian Detektif 1 & 2 (selepas Kes 5 dan Kes 11) mengikut format soalan UASA.
Misi Terakhir
Tip dan strategi untuk menjawab soalan peperiksaan dengan tenang.

Zon selamat kanak-kanak

Privasi
Tiada data peribadi anak anda diperlukan. Jawapan anak kekal di dalam peranti.
Bebas gangguan
Tiada iklan dan tiada pembelian dalam modul.
Selamat & mesra
Tiada fungsi chat atau interaksi dengan orang yang tidak dikenali.
Harga

Pelan akses penuh (12 bulan)

Bayaran sekali sahaja, bukan langganan bulanan.

Kes 1 · Percuma

Kes Biskut Hilang

  • 5 misi + Papan Bukti
  • Tanpa pendaftaran
Cuba sekarang →
Harga pelancaran · 21 Nov 2026 – 3 Jan 2027

Detektif Sejarah Tahun 4

RM39

Harga pelancaran RM39 sehingga 3 Januari 2027. Mulai 4 Januari 2027: RM59.

  • Akses penuh 11 kes penyiasatan, setiap satu dengan video
  • Ujian Detektif bermarkah (format UASA) + Misi Terakhir
  • 1 kod akses untuk 2 peranti
Beli sekarang →
Pakej Keluarga

Detektif + 1 siri Cerlang

RM49

Harga pelancaran sehingga 3 Januari 2027. Mulai 4 Januari 2027: RM75.

  • Detektif Sejarah Tahun 4 + 1 siri Cerlang pilihan anda
Lihat pakej →

Tersedia sekarang: Kes 1 hingga 5. Kes baharu ditambah secara berperingkat tanpa bayaran tambahan. Kod akses dihantar melalui WhatsApp selepas pembayaran.

Akan datang

ShalSprout semakin berkembang.

Sedia
Sejarah Tahun 4

Detektif Sejarah bermula dengan Kes 1 percuma.

Akan datang
Sejarah Tahun 6

Kes baharu untuk Tahun 6.

Akan datang
Sejarah Tahun 5

Melengkapkan siri Sejarah sekolah rendah.

Dalam perancangan
Subjek lain

Pendekatan pembelajaran yang sama untuk subjek seterusnya.

Nak tahu bila modul baharu dibuka?

Sertai komuniti ibu bapa ShalSprout. Kami hanya hantar makluman penting.

Kami hanya akan menghubungi anda tentang modul baharu ShalSprout. Dasar Privasi

Soalan lazim

Untuk siapa modul ini?

Modul ini direka untuk murid Tahun 4 yang mempelajari Sejarah KSSR.

Anak yang lebih muda dan gemar cerita misteri juga boleh mencuba Kes 1.

Adakah ia mengikut buku teks?

Ya. Setiap kes berdasarkan satu unit dalam buku teks Sejarah Tahun 4, dan setiap misi direka untuk memenuhi satu Standard Pembelajaran DSKP.

Berapa lama satu kes?

Kira-kira 40 hingga 60 minit.

Anak boleh berhenti pada bila-bila masa dan menyambung semula kemudian.

Boleh digunakan pada berapa peranti?

Satu kod boleh digunakan pada dua peranti — contohnya telefon ibu dan tablet di rumah.

Tukar telefon? WhatsApp kami dan kami akan membantu menetapkan semula kod anda.

Perlukah internet?

Ya. Internet diperlukan untuk membuka modul dan menonton video.

Di mana kemajuan anak disimpan?

Kemajuan disimpan pada peranti yang digunakan untuk memulakan kes, bukan dalam akaun dalam talian.

Jika anak bertukar ke peranti lain, kod akses masih boleh digunakan, tetapi kemajuan akan bermula semula pada peranti baharu itu. Kemajuan juga akan hilang jika data browser dipadam.

Kami cadangkan anak menggunakan satu peranti yang sama dari awal hingga akhir.

Adakah ini akan membantu anak saya mendapat A?

Itulah matlamatnya — melalui jalan yang betul.

Anak anda membina kefahaman dahulu, kemudian berlatih menjawab soalan gaya UASA melalui Jambatan ke UASA dan dua Ujian Detektif yang bermarkah.

Tiada modul yang boleh menjanjikan A. Tetapi selepas tamat modul ini, anak bukan sahaja faham, malah boleh menggunakan ilmu baharunya. Dengan itu, lebih mudah untuk mereka terus membuat latihan dan ulang kaji.

Modul ini membantu anak anda untuk faham dan guna. Mereka masih perlu meneruskan latihan menjawab soalan untuk mendapatkan A.